Jumaat, Februari 18, 2011

Di sini..

Ihsan: Google

Saya di sini hanyalah untuk menulis apa yang saya lihat, dengar dan rasa pada sekeliling saya. Saya bukanlah penulis hebat dan saya harap saya tidak menulis kerana emosi semata.. Biarpun begitu, kita hanya seorang manusia yang ada rasa yang pelbagai, kan? Untuk itu, saya harus akui yang saya tak mampu menulis tanpa rasa.. 
Kadangkala ada banyak perkara yang tak mampu kita luahkan melalui ucapan, maka saya memilih untuk menulis. Saya di sini sekadar seorang saya, yang buta IT dan tak pandai serba- serbi..